Sunday, January 2, 2011

MTA Dapat Mudir Am Baru 2011





Susulan dari MoU MTA dan usaha-usaha transformasi MTA, dua staf berpengalaman dalam dunia pendidikan Islam akan menyertai dan bertugas di MTA mulai Isnin 3 Januari 2011. Pada hari ini Mudirah MTA yang baru (Ustazah Norimah) datang bersama suami meninjau di MTA sambil diiringi oleh suaminya PM Dr Mat Hussin, pengerusi Jamaah Pengurusan Sekolah MTA PM Dr Mohd Zin dan guru MTA.
Ketika kedatangan Ustazah Norimah yang telah melibatkan diri di dalam dunia pendidikan Islam lebih 20 tahun, JPS sedang mengadakan mesyuarat di MTA. Ustazah Norimah turut dijemput ke mesyuarat dan perbincangan ringkas diadakan.
Semoga MTA akan terus cemerlang pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Selamat bertugas Mudirah Ustazah Norimah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan keupayaan mengadakan transformasi yang positif terhadap MTA yang kini sudah mencecah umur 12 tahun. Tahniah dan selamat bermujahadah di tempat baru.

MTA Tanda Tangan MoU Untuk Pindah Operasi & Pemilikan


8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharam 1432 termetri MoU bagi mengesahkan perpindahan pemilikan dan pentadbiran sepenuhnya MTA dari pengasasnya Ustaz Abu Ubaidah kepada Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) yang dipengerusikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar. Dengan majlis yang turut disaksikan oleh pengerusi Pusat Pendidikan Hidayah Johor (PPH), Prof Norazlan Zanzali, menandakan bahawa MTA akan mendapat sokongan dan dokongan institusi pendidikan Islam yang ulung di Johor iaitu PPH mulai tarikh ini.
Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna itu merakamkan ucapan penghargaan kepada pengasas MTA yang secara rasmi menyerahkan pemilikan dan pengurusan kepada JPS. Langkah seterusnya ialah bagi membolehkan JPS menstrukturkan semula MTA dan memperolehi tenaga pakar untuk berkhidmat di MTA.
Penambahbaikkan terhadap perjalanan dan pengurusan akan dilakukan termasuk melantik staf berpengalaman, memastikan kepuasan pelanggan diutamakan serta kualiti pendidikan yang akan menjadi teras kecemerlangan MTA.
Beberapa langkah susulan selepas MoU adalah untuk menyediakan MoA dan memberikan sesi penerangan kepada staf dan ibu bapa oleh JPS.