Tuesday, April 19, 2011

Sessi berterusan JPS bersama Guru-guru







Pada akhir Mac 2011 yang lalu sekali lagi wakil Jamaah Pengelola Sekolah (JPS) meluangkan masa menemui Mudirah, Guru Besar dan guru-guru di dalam sessi awal pagi sebelum sekolah dan kelas bermula.

Dr Mohd Zin mewakili JPS mengadakan penyampaian ringkas perkembangan-perkembangan dan keputusan-keputusan di peringkat JPS. Keputusan JPS membuat beberapa pelan tindakan semenjak awal tahun selepas MoU ditandatangani bermatlamat memperbaiki sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah dan ia adalah sangat bertepatan dengan tuntutan dunia pendidikan dan cabaran semasa. Banyak isu-isu asas seperti kurikulum dan P&P yang dapat diperbaiki sejajar dengan keperluan semasa jabatan pelajaran dan kementerian. Kajian menyeluruh menganai perjalanan sekolah juga sedang dijalankan dan suatu kertas kerja mengenai masa depan MTA akan dihasilkan bagi dibentang dan dibincangkan dengan 'stakeholders' MTA.

Kini MTA sudah sebelas tahun beroperasi dan suatu kajian perlu dilaksanakan agar masa depan dan peranan MTA benar-benar releven dan bertepatan dengan tuntutan semasa dunia pendidikan disamping berupaya menawarkan satu sistem pendidikan Islam yang berkesan di Johro Bahru.

Guru-guru juga diberikan peluang memberikan cadangan dan mengemukakan persoalan-persoalan agar MTA dapat berjalan dengan berkesan.

Seminggu selepas itu, satu sesi khas di adakan di antara wakil JPS, Mudirah, Guru Besar dan pengusaha kantin MTA bagi membincangkan isu-isu pengemaskinian dan peningkatan servis kantin terhadap guru-guru dan pelajar.

Lawatan ringkas sekitar sekolah turut diadakan oleh Pengerusi JPS.





MTA Menawarkan Peperiksaan UPSR, PMR & SPM

Urusan dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Johor dan wakil PPD Johor Bahru mengecewakan pihak JPS dan pentadbir MTA kerana MTA dimaklumkan tidak boleh menawarkan UPSR & PMR tahun ini. JPS mengambil keputusan untuk menjemput pegawai ke sekolah dan menerangkan syarat-syarat untuk sesebuah sekolah menawarkan peperiksaan utama Kementerian Pelajaran seperti UPSR dan PMR dan keputusan terpaksa dibuat bahawa MTA tidak dibenarkan menawarkan peperiksaan utama tersebut tahun ini.
Tetapi selepas dua minggu, pegawai pelajaran dari Kementerian Pelajaran pula memanggil wakil sekolah-sekolah swasta di Pejabat Pelajaran Negeri dan MTA diwakili oleh mudirahnya Pn Norimah & Guru besar, Pn Siti Maria.

Pemakluman sebaliknya diterima bahawa MTA boleh menawarkan peperiksaan UPSR dan PMR kepada pelajar-pelajarnya. Pihak MTA segera melengkapkan dokumentasi dan mendaftar. Namun bagi ibu bapa yang terlebih dahulu membuat keputusan menarik anak-anak keluar sekolah agak sedikit menyukarkan.

Hal-hal seumpama ini adalah di luar kawalan pihak MTA dan pihak JPS dan pengurusan terpaksa melakukan apa yang terbaik.

Kesimpulannya MTA pada tahun ini menawarkan ketiga-tiga peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR & SPM.