Tuesday, April 19, 2011

Sessi berterusan JPS bersama Guru-guru







Pada akhir Mac 2011 yang lalu sekali lagi wakil Jamaah Pengelola Sekolah (JPS) meluangkan masa menemui Mudirah, Guru Besar dan guru-guru di dalam sessi awal pagi sebelum sekolah dan kelas bermula.

Dr Mohd Zin mewakili JPS mengadakan penyampaian ringkas perkembangan-perkembangan dan keputusan-keputusan di peringkat JPS. Keputusan JPS membuat beberapa pelan tindakan semenjak awal tahun selepas MoU ditandatangani bermatlamat memperbaiki sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah dan ia adalah sangat bertepatan dengan tuntutan dunia pendidikan dan cabaran semasa. Banyak isu-isu asas seperti kurikulum dan P&P yang dapat diperbaiki sejajar dengan keperluan semasa jabatan pelajaran dan kementerian. Kajian menyeluruh menganai perjalanan sekolah juga sedang dijalankan dan suatu kertas kerja mengenai masa depan MTA akan dihasilkan bagi dibentang dan dibincangkan dengan 'stakeholders' MTA.

Kini MTA sudah sebelas tahun beroperasi dan suatu kajian perlu dilaksanakan agar masa depan dan peranan MTA benar-benar releven dan bertepatan dengan tuntutan semasa dunia pendidikan disamping berupaya menawarkan satu sistem pendidikan Islam yang berkesan di Johro Bahru.

Guru-guru juga diberikan peluang memberikan cadangan dan mengemukakan persoalan-persoalan agar MTA dapat berjalan dengan berkesan.

Seminggu selepas itu, satu sesi khas di adakan di antara wakil JPS, Mudirah, Guru Besar dan pengusaha kantin MTA bagi membincangkan isu-isu pengemaskinian dan peningkatan servis kantin terhadap guru-guru dan pelajar.

Lawatan ringkas sekitar sekolah turut diadakan oleh Pengerusi JPS.





MTA Menawarkan Peperiksaan UPSR, PMR & SPM

Urusan dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Johor dan wakil PPD Johor Bahru mengecewakan pihak JPS dan pentadbir MTA kerana MTA dimaklumkan tidak boleh menawarkan UPSR & PMR tahun ini. JPS mengambil keputusan untuk menjemput pegawai ke sekolah dan menerangkan syarat-syarat untuk sesebuah sekolah menawarkan peperiksaan utama Kementerian Pelajaran seperti UPSR dan PMR dan keputusan terpaksa dibuat bahawa MTA tidak dibenarkan menawarkan peperiksaan utama tersebut tahun ini.
Tetapi selepas dua minggu, pegawai pelajaran dari Kementerian Pelajaran pula memanggil wakil sekolah-sekolah swasta di Pejabat Pelajaran Negeri dan MTA diwakili oleh mudirahnya Pn Norimah & Guru besar, Pn Siti Maria.

Pemakluman sebaliknya diterima bahawa MTA boleh menawarkan peperiksaan UPSR dan PMR kepada pelajar-pelajarnya. Pihak MTA segera melengkapkan dokumentasi dan mendaftar. Namun bagi ibu bapa yang terlebih dahulu membuat keputusan menarik anak-anak keluar sekolah agak sedikit menyukarkan.

Hal-hal seumpama ini adalah di luar kawalan pihak MTA dan pihak JPS dan pengurusan terpaksa melakukan apa yang terbaik.

Kesimpulannya MTA pada tahun ini menawarkan ketiga-tiga peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR & SPM.

Saturday, February 19, 2011

Dialog JPS, Wakil Jabatan Pelajaran & Ibu Bapa di MTA





Ibu Bapa dan guru-guru MTA berkesempatan mendapat penerangan berhubung dengan sistem pendidikan yang sedang dijalankan di MTA dan beberapa cabaran yang sedang dihadapi MTA. MTA kini menawarkan pendidikan akademik, agama dan pendidikan Hafazan Qur'an & Hadith. Pada tahun 2010 dan beberapa tahun sebelum ini, pelajar-pelajar MTA menjalani peperiksaan awam seperti UPSR, PMR & SPM dengan kaedah menumpang dibeberapa pusat peperiksaan.

Pada tahun ini (2011), pihak MTA tidak dapat menjadikan sekolah MTA sebagai pusat peperiksaan UPSR & PMR. Namun usaha-usaha sedang dijalankan untuk membolekan MTA berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Swasta. Peperiksaan SPM akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar tahun ini.

Dalam majlis tersebut, Mudirah MTA, Ustazah Norimah Abdul Kadir dan Pengarusi JPS PM Dr Mohd Zin turut memberikan penerangan tentang status terkini sekolah dan rancangan masa hadapan.

Wakil PPD Johor Bahru, iaitu En Iskandar turut hadir di majlis di atas dan menerangkan tentang prosidur dan tatacara pengurusan dan pentadbiran sekolah mengikut peraturan-peraturan Kementarian Pelajaran Malaysia.

Beberapa soalan dan cadangan dari ibu bapa dan guru-guru turut dikemukakan dan dibincangkan di majlis tersebut dan di akhir majlis jamuan rengan diadakan.

Sunday, January 2, 2011

MTA Dapat Mudir Am Baru 2011





Susulan dari MoU MTA dan usaha-usaha transformasi MTA, dua staf berpengalaman dalam dunia pendidikan Islam akan menyertai dan bertugas di MTA mulai Isnin 3 Januari 2011. Pada hari ini Mudirah MTA yang baru (Ustazah Norimah) datang bersama suami meninjau di MTA sambil diiringi oleh suaminya PM Dr Mat Hussin, pengerusi Jamaah Pengurusan Sekolah MTA PM Dr Mohd Zin dan guru MTA.
Ketika kedatangan Ustazah Norimah yang telah melibatkan diri di dalam dunia pendidikan Islam lebih 20 tahun, JPS sedang mengadakan mesyuarat di MTA. Ustazah Norimah turut dijemput ke mesyuarat dan perbincangan ringkas diadakan.
Semoga MTA akan terus cemerlang pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Selamat bertugas Mudirah Ustazah Norimah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan keupayaan mengadakan transformasi yang positif terhadap MTA yang kini sudah mencecah umur 12 tahun. Tahniah dan selamat bermujahadah di tempat baru.

MTA Tanda Tangan MoU Untuk Pindah Operasi & Pemilikan


8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharam 1432 termetri MoU bagi mengesahkan perpindahan pemilikan dan pentadbiran sepenuhnya MTA dari pengasasnya Ustaz Abu Ubaidah kepada Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) yang dipengerusikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar. Dengan majlis yang turut disaksikan oleh pengerusi Pusat Pendidikan Hidayah Johor (PPH), Prof Norazlan Zanzali, menandakan bahawa MTA akan mendapat sokongan dan dokongan institusi pendidikan Islam yang ulung di Johor iaitu PPH mulai tarikh ini.
Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna itu merakamkan ucapan penghargaan kepada pengasas MTA yang secara rasmi menyerahkan pemilikan dan pengurusan kepada JPS. Langkah seterusnya ialah bagi membolehkan JPS menstrukturkan semula MTA dan memperolehi tenaga pakar untuk berkhidmat di MTA.
Penambahbaikkan terhadap perjalanan dan pengurusan akan dilakukan termasuk melantik staf berpengalaman, memastikan kepuasan pelanggan diutamakan serta kualiti pendidikan yang akan menjadi teras kecemerlangan MTA.
Beberapa langkah susulan selepas MoU adalah untuk menyediakan MoA dan memberikan sesi penerangan kepada staf dan ibu bapa oleh JPS.