Sunday, January 2, 2011

MTA Tanda Tangan MoU Untuk Pindah Operasi & Pemilikan


8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharam 1432 termetri MoU bagi mengesahkan perpindahan pemilikan dan pentadbiran sepenuhnya MTA dari pengasasnya Ustaz Abu Ubaidah kepada Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) yang dipengerusikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar. Dengan majlis yang turut disaksikan oleh pengerusi Pusat Pendidikan Hidayah Johor (PPH), Prof Norazlan Zanzali, menandakan bahawa MTA akan mendapat sokongan dan dokongan institusi pendidikan Islam yang ulung di Johor iaitu PPH mulai tarikh ini.
Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna itu merakamkan ucapan penghargaan kepada pengasas MTA yang secara rasmi menyerahkan pemilikan dan pengurusan kepada JPS. Langkah seterusnya ialah bagi membolehkan JPS menstrukturkan semula MTA dan memperolehi tenaga pakar untuk berkhidmat di MTA.
Penambahbaikkan terhadap perjalanan dan pengurusan akan dilakukan termasuk melantik staf berpengalaman, memastikan kepuasan pelanggan diutamakan serta kualiti pendidikan yang akan menjadi teras kecemerlangan MTA.
Beberapa langkah susulan selepas MoU adalah untuk menyediakan MoA dan memberikan sesi penerangan kepada staf dan ibu bapa oleh JPS.

No comments:

Post a Comment