Tuesday, April 19, 2011

MTA Menawarkan Peperiksaan UPSR, PMR & SPM

Urusan dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Johor dan wakil PPD Johor Bahru mengecewakan pihak JPS dan pentadbir MTA kerana MTA dimaklumkan tidak boleh menawarkan UPSR & PMR tahun ini. JPS mengambil keputusan untuk menjemput pegawai ke sekolah dan menerangkan syarat-syarat untuk sesebuah sekolah menawarkan peperiksaan utama Kementerian Pelajaran seperti UPSR dan PMR dan keputusan terpaksa dibuat bahawa MTA tidak dibenarkan menawarkan peperiksaan utama tersebut tahun ini.
Tetapi selepas dua minggu, pegawai pelajaran dari Kementerian Pelajaran pula memanggil wakil sekolah-sekolah swasta di Pejabat Pelajaran Negeri dan MTA diwakili oleh mudirahnya Pn Norimah & Guru besar, Pn Siti Maria.

Pemakluman sebaliknya diterima bahawa MTA boleh menawarkan peperiksaan UPSR dan PMR kepada pelajar-pelajarnya. Pihak MTA segera melengkapkan dokumentasi dan mendaftar. Namun bagi ibu bapa yang terlebih dahulu membuat keputusan menarik anak-anak keluar sekolah agak sedikit menyukarkan.

Hal-hal seumpama ini adalah di luar kawalan pihak MTA dan pihak JPS dan pengurusan terpaksa melakukan apa yang terbaik.

Kesimpulannya MTA pada tahun ini menawarkan ketiga-tiga peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR & SPM.

No comments:

Post a Comment